hey, welcome ! this is my page. enjoy yourself. simple =D

Wednesday, July 21, 2010

mood kem + tersangatlah serabot

haha, aku da tak update blog for almost five days jugakla. sebab apa ? sebab busy sangat ! tak boleh sangat nak berenjoy sikit pun -,- ada je kerja yang mari. haishh-_______-

sebelum tu, aku ada pergi Kem Puteri Islam 3 hari 2 malam kat Nur Lembah Pangsun . yeah ! tersangatlah best aku cakap. duduk kat sana lama lama boleh kaku badan aku. tidur malam malam macam tidur kat kutub utara atau contoh yang lebih dekat, dalam peti sejukla. keh3x ! memang tak boleh tahan aku dibuatnya. selimut berlapik lapik pun still tak boleh hilang rasa sejuknya. cehh ! bangun pagi pagi mesti nak terkucil aku dehh ! hua3x !


macam macam aktiviti yang kitorang buat kat sana. kitorang bertolak dari sekolah hari jumaat pukul 2 petang. dalam bas, duduk dengan qistina. tapi tak tau nak borak rancak dengan dy sangat. keh3x ! kekok pulak rasanya. hehe, tengah tengah main handphone tu kat tempat duduk tu, tiba tiba macam bunyi tikus gatal yang seolah olah memanggil aku. awwww ! KHAIRIN ! haha, dy da wujud dalam bas tu akhirnya setelah berjam jam aku menantikan kemunculannya. haha, dan semestinya, dy akan mengikuti kem tu bersama aku. ada gak geng aku yang follow. kalau tak, aku, ain rosyada, dengan maryam je form 4 yang wujud kat puteri islam tu -,- haihh ! borak borak dengan khairin, lepas tu tidur jap, then bila celik mata, da sampai rupanya ! tiba tiba terbeliak mata aku ! lah, rupa rupa nya tempat kem bahasa arab tahun lepas ! cehh ! ingatkan lain ! haiyarkk !

bawak turun beg beg aku yang tak berapa berat sangat tu berbanding dengan budak budak lain, pergi lah menuju ke resort tu. masuk dalam sampai tiba ke bahagian yang hampir sipi sipi nak masuk hutan. wahh ! banyaknya khemah ! aku letak beg aku, then pergi tengok khemah. ermm, boleh tahan jugak la khemah dy. sedang sedang. hehe, then, hujan pulak ! romantic betul la. haha, aku dengan kawan kawan lain berlari lari anak mendapatkan ustazah kat tempat kitorang mendarat tadi dalam hujan hujan tu. angkut periuk belanga segala bala, lepas tu beteduh jap kat bawah bumbung ni. tunggu la bila la hujan nak reda sikit. jauh lagi perjalanan kitorang uh nak pergi khemah kitorang ! haishh ! bosan gila. aku pun main la hujan jap. macam kuch kuch hota hai ^^ hua3x !


then, lepas solat asar, pergi la kat lokasi memanah. ternampak la abang hensem ni. lah ! dy ke yang ajar kitorang ? kah3x ! boleh tahan ^^ tiba tiba aku geli geliman dengan kata kata dy sebab dy pakai 'abang' 'adik' ! euwww ! haha, then, lepas dy tunjuk ajar & bagi arahan sikit sikit, tiba tiba hujan balik. haihh -____- terpaksa la tunda esok aktiviti ni. pergi jamu selera jap yang dimasak oleh cikgu cikgu & budak katering. sedap la jugak, huhu.




time mandi je, mesti akan kelam kabut. selalunya memang macam tu la. mana mana kem, semua macam tu. haha, aku pun mandi last sekali. lambat la aku masuk surau nak solat maghrib. haihh, ainul ainul -,- last last sarung tuala, ustazah nampak, ustazah tegur "ya Allah, da macam mak nenek da ustazah tengok kamu pakai tuala ni" hua3x !

esok harinya, kitorang ada aktiviti flying fox dengan pond rafting & taklupa gak ! mandi sungai, hehe. lepas solat zuhur, terus pergi kat lokasi flying fox. wah ! tingginya ! menurut kata abang yang jaga kat situ, tinggi nya 8 kaki dari aras bumi & tak boleh bla nya, bawah tu, ada sungai. gayat sehh ! tapi aku beranikan diri, aku cakap dengan ustazah aku nak naik sorang sorang. barufeel ^^keh3x ! tiba tiba potong stim pulak ! nazhiera nak naik dengan aku. act, boleh naik dua orang tapi aku tak nak. tak best doe ! tapi terpaksa la jugak kata 'ya'. hurm, ikut je la. sebelum naik tu, kene pakaikan benda alah apa tah nama dy, tapi ustazah panggil benda alah tu spender ? kah3x ! time aku suruh ustazah pakaikan untuk aku, ustazah cakap " kamu ni tak pernah pakai spender kamu sendiri ke ? mak kamu yang pakaikan ke ? haha " haha, apalah ustazah. sy saja nak bermanja manja dengan ustazah :p


lepas tu, pergi pulak pond rafting. dy lebih kurang macam kayak la. hehe, best gak naik tu. basah kuyup baju aku doe. sebelah aku, khairin duduk. hehe, kitorang sama sama bagi bot tu jalan. kene pakai tangan oh ! gila la ! memang susah payah la kitorang tolak. huhu, sakit tangan aku plus lenguh gila. kalau berhenti, kang kalah pulak ! hadoyy ! tapi last last, dapat nombor tiga. hehe, kesian khairin aku tengok. kene berenang ke seberang ambil bola. kalau tak ambil, dikira kalah :p best siot ! tapi sayang, takda sorang pun yang ambil gambar kitorang time flyig fox and pond rafting. sedih ! huwaaaaa !

lepas habis je, kitorang terus berlari ke sungai. apa lagi ? berendam la ! keh3x ! sejuk ! fuhh ! layan ~ haha, tapi banyak air masuk telinga aku dengan hidung aku. seksa aku dibuatnya. urghh -,-

malam tu, macam biasa la. ada ceramah. ada ceramah pasal solat jenazah ! ngantuk gila sial ! kakak khairin nampak aku tersengguk sengguk, terus dy datang kat aku & urut urut tangan aku. ahh ! segar balik ! haha, sikit je la.


esok paginya, ada demonstrasi mandikan jenazah, kafankan jenazah dengan sembahyang jenazah ! wahh ! gila best ! ada adegan adegan seram. hua3x ! tapi beberapa minit lepas tu, aku dengan ain rosyada dengan maryam ponteng ! kitorang pergi beli makanan. hua3x ! lapar doe !


lepas habis tu, terus berangkat pulang :D sebelum tu, terjumpa la dengan budak comel aku tu. dy duduk dengan harith. ya ! ada jugak budak sekolah kita yang pergi kem apa tah, tak ingat nama nya, hehe. yang jadi wakil sekolah kita ialah harith(4 ikhlas) dengan *****(4 ikhlas) jugak ! haha, pandang je muka dy, terus aku tersenyum. wah ! gatal :p

yeah ! aku tak boleh lupakan kem ni. sumpah aku cakap ! sebab ada adegan adegan yang aku takkan lupa sampai bila bila. aku tak cerita kat sini & kat mana mana pun. sebab, tersangatlah malu plus bengang plus sedih, semua ada. da la !

yeah ! examination wekk ! *uck ! macam hape je-,- aku da la tak ready apa apa lagi doe ! serious ! tawakal je la ! hurm, baca setakat apa yang mampu. huhu, tak tau ? bluetooth je la :P kan senang ? hua3x !

selasa :

7.40-8.40 : BM
9.25-10.25 : ADD MATH
10.50-11.50 : BI
12.05-1.05 : CHEMISTRY

rabu :

7.40-8.40 : BC/BT
9.25-10.25 : MATH
10.50-11.50 : BIO
12.05-1.05 : IM

khamis :

9.25-10.25 : PHYSICS
12.05-1.05 : SEJ


BM boleh tahan la, boleh gak la jawab. ADD MATH ! perghh ! susah sial ! dua ke tiga soalan yang aku jawab dari lima soalan tu. urghhh -,- BI tu, ermm, lebih kurang la senang dy. huhu, CHEMISTRY ? shit ! banyak aku tinggal & half equation banyak yang aku tinggal ! aku rasa aku paling low la chemistry :(

MATH td aku jawab, boleh la. tapi ogive ! aku tak cukup masa ! arghh ! suck ! tinggal je la :p BIO ? hurm, jangan tanya la, aku pergi baca mitosis pulak walhal masuk meiosis. hape da -______- memang tak boleh jawab la tadi aku cakap. lantak la ap nak jadi. ada la sikit sikit aku tiru Faeza :p IM, erhm, tah la ! aku tak baca doe. tapi tadi ad dua orang makhluk Tuhan yang memberi bantuan kat aku :p thanks QUE & ARIF :) haha, kerja pun jadi senangla :p esok kita buat lagi ye Arif ? hua3x !

gud luck la untuk aku esok. PHY & SEJ -,- harap dapat jawab :)

mata da layu, tangan da lenguh, so, CONCLUSIONNYA, bubye :P nak tidur :P

~toodles~

No comments:

Post a Comment